Thursday 19 April 2012

Salahkah Mencari Teman Hidup Ketika Masih Belajar?


Saya baru melanjutkan pelajaran di sebuah universiti tempatan. Saya telah jatuh cinta kepada seorang gadis yang sebaya usia dengan saya. Persoalan saya, bolehkah saya bercinta pada usia saya yang masih lagi belajar?
Jawapan:
Tidak salah sewaktu kita sibuk belajar kita mengambil peluang mencari pasangan hidup tetapi hendaklah mengikut syara’. Sekiranya kita menjalinkan hubungan cinta untuk berseronok dan memuaskan nafsu semata-mata maka itu adalah haram hukumnya. Namun hubungan yang dibentuk untuk bersatu dalam membentuk rumahtangga maka ia adalah harus, tetapi hendaklah menjaga batas-batas yang digariskan oleh syariat.
 
Mencari pasangan pada usia yang terlalu muda tidaklah sesuai sekiranya masih lambat untuk mendirikan rumahtangga. Bimbang hubungan yang terjalin antara lelaki dan perempuan tidak mampu dikawal dan terjerumus ke lembah maksiat.
Firman Allah Taala :
” Dan janganlah kamu menghampiri zina, Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).” (surah isra’ ayat : 32 )
 
Kita bukan sahaja dilarang mendekati zina tetapi segala bentuk perbuatan yang mendorong berlakunya zina. InsyaAllah.

1 comment:

  1. kesimpulannya.. psediakanlah diri kearah mbina rumah tangga.. bila dah betul2 sedia baru la nikah.. kalau masih tiada calon minta parents carikan.. khitbahlah.. bcinta selepas nikah itu lebih indah..

    ReplyDelete