Friday 13 April 2012

Doa Buat Pencuri...


RENUNGAN..........

Doa Pemuda Soleh 
Seorang pemuda soleh mengunjungi sebuah kedai roti. Dia memerhatikan roti-roti yang disusun berbaris kemas di atas meja. 

"Berapakah harga sebuku roti itu?" tanyanya sambil menunjukkan sebuku roti yang nampak segar seperti lepas dimasak 

"Tidak mahal, hanya satu dirham sahaja," jawab penjaga gerai itu dengan muka manis. 

Pemuda itu menyeluk sakunya untuk mengeluarkan wang. Dahinya tiba-tiba berkerut, tangannya masih di dalam saku tercari-cari. Ke mana perginya wang aku, hatinya kecil tertanta-tanya. 

"Minta-maaf, saya sudah kehilangan kesemua wang saya. Baru sebentar tadi ia masih ada," jelas pemuda soleh kepada penjaja. 

Seorang lelaki yang mengenali peribadi pemuda soleh itu terus berkata,
" Ya Allah, kudungkanlah tangan orang yang mencuri wang pemuda ini." 

Mendengar doa orang itu, pemuda soleh terus berkata,"Wahai Tuhan, jika wang itu diambil kerana desakan hidup untuk memenuhi keperluan, berkatilah dia. Tetapi jika ia diambil kerana tidak takut kepada dosa, moga-moga inilah dosanya yang terakhir

No comments:

Post a Comment