Tuesday 3 April 2012

saye nk couple.boleh tak? ^^


LELAKI : Awak, boleh jadi awek saya? Saya berkenan sangatlah kat awak. Bagi saya, awak perfect!

PEREMPUAN : Ok, boleh je takde masalah. Couple ke?

LELAKI : Err...kalo dah mintak jadi awek, maknanya couple la tu kan?

PEREMPUAN : Ok. Bila nak kahwin?

LELAKI : Err..boleh tak tunggu saya habis belajar dulu tahun depan, pastu tunggu saya dapat keje stabil dulu. Dalam 3 tahun, insyaAllah.

PEREMPUAN : Ok, kita PUTUS sekarang gak.

LELAKI : Eh, kenapa?????

PEREMPUAN : Kerana tiga SEBAB

Satu, awak ajak saya bergelumang dalam DOSA untuk 3 tahun tanpa akad yang sah. Tiada jaminan awak takkan jumpa saya, sentuh saya dan hal2 berkaitan. Dalam 3 tahun tu kita akan bercakap HAL SIA-SIA tentang soal hati yang tiada berkesudahan. Nanti ada yang terluka. Saya taknak hati saya terluka. Saya pun taknak hati awak terluka.

Dua, kalau tak bersedia nak kahwin kenapa terburu-buru nak jalin hubungan? Sedangkan kahwin ni spesifiknya adalah utk mereka yg betul2 bersedia zahir batin, agamanya, ekonominya wlpn tak kaya, dan dari banyak sudut. Restu ibu bapa juga perlu difikirkan sama.

Tiga, lelaki yang beragama tahu bahawasanya ini bukan caranya. Sabar. buat solat Tahajjud.Istikharah rajin2. Taubat selalu2. Muhasabah sentiasa. Ubah slow2. Nak jaga anak dara orang,tapi diri sendiri x terjaga. diri sendiri serabai

EH,Lelaki yang beragama takkan beri harapan palsu dengan bermain dengan perasaan, masa dan waktu. JANGAN letak harapan seandainya hati tak yakin. JANGAN beri harapan pada yang mudah menyerap harapan. Hati wanita ni macam gelas kaca, mudah pecah. Bila dah terluka, susah nak rawat balik. JANGAN ada niat nak kahwin je, tapi tindakan ke arah tu xde. Boring. Cari calon ni bukan nak cuba-cuba macam cuba pakaian. Tak sesuai yang ni, amik yg lain lah..

LELAKI : Em..tp sy tetap nak awak. Dh bertahun2 tunggu awk.

PEREMPUAN : Mohon padaNya andai hatiku yang kau pohon.. Bila dah bersedia, cuba cari saya balik.Tapi ni bukan janji atau beri harapan. Jika sy masih blm berpunya, datang mintak dengan ayah mak terus. Bincang dengan dorang.ingat,saya x beri harapan.. moga awak jumpa tulang rusuk awak. assalamualaikum,

LELAKI : Wslm

(An-Nur24:26)
Women impure are for men impure, and men impure for women impure and women of purity are for men of purity, and men of purity are for women of purity: these are not affected by what people say: for them there is forgiveness, and a provision honourable.

^^
Alangkah indahnya jika orang yang frust cinta itu kembali kepada Allah secara sihat – maksudnya, bukan sekadar merintih, mengadu, merayu atau minta mati segera. Tetapi tersentak oleh satu kesedaran bahawa cinta Allah itulah yang sejati.

Dan tersentak oleh hakikat itu, kita mula berfikir... barangkali putus cinta ini adalah rahmat yang tersirat, "Allah menjemput aku untuk mencintai-Nya!" Sedarlah, bahawa Allah adalah Tuhan yang sentiasa mengasihi kita. Tetapi DIAlah Tuhan yang sering kita sia-siakan. Frust cinta itu hakikatnya untuk menyambungkan cinta kepada-Nya. Ketika itulah orang yang frust cinta akan benar-benar terasa bahawa dia terpilih, bukan tersisih!

JODOH AWK DAH DITULIS KAT LUH MAHFUZ,
doa dekat DIA supaya jodoh awak tu dipelihara n disimpan utk awak :)
insyaAllah.

1 comment: