Sunday 22 April 2012

PILIHAN RAYA AKU :)

Assalamu'alaikum n haii semua :)

ahha..org sibuk nk pilihan raya tak lama lg kn? ni ha aku ade sorg calon nk knlkn kt korg..ikuti kisah aku yg ni..haha..em,,kali ni aku nk crte antara kenangan yg paling manis dlm hidup aku..lg manis drp madu kot..haha..aku akan ingat kisah ni n aku akan crte kt anak2 n cucu2 aku 1 hari nnt..cewwahh..

emm...bnde yg aku nak crte ni sbnr nye dah lme gak..time aku form 4..mse 2 aku dah sambung bljr kt MRSM Serting, N9..start drp mggu orientasi, kami bru tau kt mrsm ni ade BWP (badan wakil pelajar)..tp kt maktab aku time 2 die pggil BKP (badan KEPIMPINAN pelajar)..haha..maktab aku ni mcm ade identiti sendiri la..ok..mula2 knl ngan diorg ni, mmg best la..ye la..dah mcm menteri kn..kira semua org hormat la..selalu ckp kt dpn..mmg org hebat je la yg dpt..aku ni ape celop??

hari demi hari, habis sem 1 kt mktb 2..so, tiba la mse BKP ni nak letak jwtn n diorg mula sibuk nk cari pengganti..em,,aku ni kira baik gak la ngan senior2..diorg pn ok ngan aku..aku pn ade rapat ngan biro agme mse 2..selalu borak2..die ok la..mula2 mmg x terfikir langsung nk amik borang..tp bila abg ni yg sruh aku amik, aku pn try je la..

utk pengetahuan korg, aku ni jenis senior yg ske rpt ngan junior..selalu gak lepak2 ngan diorg..diorg pn dah anggap aku mcm mmber2 diorg..ylaa..aku x ske sgt budaya jurang2 kt asrama ni..so, junior2 pn bg smgt time 2..diorg pn sruh aku try..

lps hntr borang, ade pulak tapisan..aku x de la fkir sgt..x dpt pn x pe la..tp x sgke lak aku layak utk pilihan raya..sblm 2, aku mmg dah start bce doa time ade mjlis bsr2..mgkin drp situ ckgu2 knl aku kot..

baikk..dalam tempoh berkempen, ni yg syok sket ni..dlm kls aku, aku sorg je wakil..nasib classmate aku semua support aku time 2..bermula plan ktorg..drp persediaan poster, smpai yg lain2 semua kwn2 sekelas aku tlg..

haa..sebut pasal poster ni, ni la crte paling best..kalau korg nk tau, aku dan kwn2 aku, tampal poster kt semua blok pukul 2 pg..haha..krje gler..berlari nmpak pak guard mse 2..tp kn...yg peliknye..keesokkn hari, ckgu homeroom aku tnye..knpe die x nmpk poster aku..padahal aku dah tampal..bile hbis kls, aku pn prgi la tgok blek..mmg byk hilang..cari gak kt bawah2 2..mne tau terbang kne tiup angin ke kn?? mmg x jmpe..mne pulak la poster2 aku ni? geram btol aku..

prep mlm 2, bdk2 pmpuan kls aku crte 1 bnde yg ssh aku nk prcye..haha..diorg ckp, poster2 aku byk dkt asrama pmpuan..yg x boleh tahan ade yg tampal kt locker 2..hehehe..ntah btol x, aku x psti la..terpulang kt korg la kn nk caye x..aku just crte blek je..hahaha

smpai la hri pilihan raya..mse 2, aku pangkah la aku pnye sndiri dlu..pstu bru yg lain2..semiggu cmtu, ade announcement keputusan pilihan raya..mse 2, 5 minit sblm hbis mse test biology..die pn sebut sorg demi sorg calon yg dpt..brmula drp yg bawah undiannye..aku dah pasrah je time 2..

dan akhirnye diumumkn..undian tertinggi adalah MOHAMAD NASRULL SHAHFIK BIN YAACOB dgn 582 undian..trme kasih semua..i love you all..hahaha

yg x boleh blah..kwn2 aku yg kuar awal drp test 2 ckp, budak2 sorak punye la kuat drp blok bdk2 form 1 & 2..so mlm 2, aku pergi kls ke kls nk ucapkn trme kasih kt semua yg support aku..n 1 lg buat aku terharu, budak 1 Ibnu Sina kot time 2, ade sorg bdk pmpuan sruh aku aku autograf kt poster aku yg die rembat..die siap letak kt meja die lg..haha..n buat aku lg terharu, bdk2 kls 2 mntk nk bergambar ngan aku lg..law ade simpan lg gmbr 2, post la kt 'abg' ea..love you all sooo much :)

alhamdulillah..jawatan yg diberikan pd aku adalah BIRO AGAMA DAN KEROHANIAN..subhanallah..berat amanah ni..tp sepanjang aku pegang amanah 2, syukur..aku rse aku dah buat yg terbaik berkat sokongan n dorongan drp semua..

haha..ni la poster aku..
n aku rse poster ni byk bntu aku..
satu2nye poster yg gmbrnye tidak seperti gmbr passport..hehe
582 undian..alhamdulillah..

sampai la aku letak jawatan..n hingga hari ini, masih ade yg rindukn kepimpinan aku..satu bnde yg aku nk bgtahu..aku berjuta kli gnde rindu nk berkhidmat spt ini..

ok laa..em,,crte ni bkn la nk buat aku riak..tp aku nk share pengalaman yg sgt2 mengubah hidup aku..

terima kasih semua :)

Thursday 19 April 2012

Inilah Wanita Idaman Semua Lelaki ISLAM..


Wahai wanita..
Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik,tercipta dari tulang rusuk. Adam yang bengkok menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang, kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu menarik sang kumbang untuk mendekatimu. Namun, bukan semua bunga mampu menarik kumbang jika terdapat cacat cela.
wanita idaman lelaki
Jadi, antara ciri~ciri wanita idaman lelaki adalah :
1. Berpegang Kepada Agama
Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul. Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki.
Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah Islam. Memang beruntung mana-mana lelaki yang beristeri dengan wanita sebegini.

2. Kecantikan Dalaman
Wanita yang tulen adalah lemah lembut dalam perwatakannya tetapi mempunyai prinsip dalam hidup. Inilah kecantikan dalaman yang dicari oleh ramai lelaki. Kalau cantik, tu dikira sebagai BONUS.
Wanita yang mempunyai kecantikan dalaman tidak akan sesekali menjual maruah dirinya hanya untuk mencari nama dan wang. Mereka tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan.

3. Manja
Lelaki suka wanita yang keanak-anakan atau yang ada sifat manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Namun begitu, sifat manja dan keanak-anakan yang melampau tidak sesuai kerana ia akan menampakkan wanita itu seperti kurang matang.

4. Pandai Menjaga Kecantikan
Lelaki menginginkan wanita yang pandai menjaga kecantikan dirinya. Wanita dan kecantikan memang susah nak dipisahkan. Mereka akan kelihatan bertambah cantik jika bijak menguruskan penampilan diri.
Lelaki secara fitrahnya memang mahukan wanita yang pandai menjaga kecantikan, kerana ia akan membuat mereka bangga.

5. Berakhlak Mulia
Wanita yang berakhlak mulia dikenali juga sebagai wanita solehah. Wanita adalah hiasan dunia, tetapi seindah hiasan adalah wanita solehah. Merekalah ibu, isteri, kekasih dan merupakan tunjang kejayaan suami.

6. Tidak Mempamer Keseksian
Lelaki suka menjamu mata dengan melihat aurat wanita, namun tidak suka menjadikanya isteri kerana keindahan diri wanita tu seolah-olah menjadi barang pameran untuk mata semua lelaki.

7. Tidak Cerewet
Lelaki suka pada wanita yang tidak cerewet. Mengapa pula? Sebab wanita yang cerewet boleh merimaskan dan mudah menyebabkan lelaki merasa jemu dengannya.
Biasanya, wanita yang cerewet suka mengkritik apa saja yang tidak disenanginya walaupun perkara itu hanyalah perkara kecil.

8. Memahami Lelaki
Wanita yang memahami hati lelaki biasanya mempunyai intuisi yang cukup kuat. Lelaki mengimpikan wanita yang mampu memahami situasinya dalam keadaan suka dan duka.
Pendek kata, tanpa perlu bersuara, dia itu sudah dapat membaca riak wajah suaminya. Lantas, bertindak menghiburkan atau memberi kekuatan.

9. Sejuk Mata Memandang
Wanita yang manis wajahnya dan sejuk dipandang mata akan mendamaikan perasaan seorang lelaki. Ciri-ciri wanita ‘sejuk mata memandang’ seperti di bawa ini:
.:: – Bersopan satun
.:: – Sentiasa memaniskan wajah
.:: – Sentiasa memberikan senyuman ikhlas
.:: – Menutup aurat
.:: – Ramah dan mesra
.:: – Tidak terlalu cemburu
.:: – Menghormati orang lain
Izwa Eriena Wanita Cantik
Inilah 9 ciri-ciri wanita yang menjadi idaman lelaki..
Jadikan tips yang terakhir ini sebagai rutin harian dalam hidup. Sebelum tidur, cuba menilai atau memuhasabah diri kita kembali. Cuba lihat di mana kelebihan dan kekurangan diri kita serta apa yang telah kita capai pada hari ini.
Andai kita mampu mengatasi kelemahan diri sendiri, teruskan memperbaikinya dengan secara beransuran dan fahami bahawa kelemahan itu wujud supaya kita tahu apa kekuatan diri kita.
Sepertimana Dr. Fadillah Kamsah mendidik jiwa kita agar senantiasa mengamalkan sifat saling memaafi antara satu sama lain pada setiap malam sebelum melelapkan mata dan menikmati alam keindahan bermimpi.
“Lantas, gunakan kelebihan dan kekuatan yang ada untuk mencipta kecemerlangan dalam diri untuk kebaikan bersama.
Ingatlah bahawa setiap keindahan dan kesempurnaan itu hanya milik sang penakluk jiwa para hamba-hamba-NYA, yakni sang KHALIQ yang Maha Pencipta.
Manakala pada kecacatan, keburukan dan kelemahan adalah ciptaan manusia itu sendiri..”

Salahkah Mencari Teman Hidup Ketika Masih Belajar?


Saya baru melanjutkan pelajaran di sebuah universiti tempatan. Saya telah jatuh cinta kepada seorang gadis yang sebaya usia dengan saya. Persoalan saya, bolehkah saya bercinta pada usia saya yang masih lagi belajar?
Jawapan:
Tidak salah sewaktu kita sibuk belajar kita mengambil peluang mencari pasangan hidup tetapi hendaklah mengikut syara’. Sekiranya kita menjalinkan hubungan cinta untuk berseronok dan memuaskan nafsu semata-mata maka itu adalah haram hukumnya. Namun hubungan yang dibentuk untuk bersatu dalam membentuk rumahtangga maka ia adalah harus, tetapi hendaklah menjaga batas-batas yang digariskan oleh syariat.
 
Mencari pasangan pada usia yang terlalu muda tidaklah sesuai sekiranya masih lambat untuk mendirikan rumahtangga. Bimbang hubungan yang terjalin antara lelaki dan perempuan tidak mampu dikawal dan terjerumus ke lembah maksiat.
Firman Allah Taala :
” Dan janganlah kamu menghampiri zina, Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).” (surah isra’ ayat : 32 )
 
Kita bukan sahaja dilarang mendekati zina tetapi segala bentuk perbuatan yang mendorong berlakunya zina. InsyaAllah.

Monday 16 April 2012

Cerita Paling Menyentuh Perasaan :'(

Bermula ceritanya ada seorang anak lelaki tunggal yang kematian ibu selepas Dia dilahirkan. Selepas itu bapanya menjadi terlalu workaholic dan tak Kahwin2 lagi. Tapi si anak baik hati dan lemah lembut walaupun cuma tinggal bersama pengasuh je.

Lepas Tadika, sementara member2 lain dah ada basikal, dia masih berjalan kaki. Pengasuhnya mengadu kepada bapanya.... "Tuan, tak kesian ke dgn anak tuan? Dia Tak ada basikal...apa tuan tak segan?" Lantas...... . si bapa memanggil si anak, ditawarkan beskal yang macam mana dan si anak cuma bagitau, "Tak payah susah2 la papa, belikan je saya bola itam dan bola putih ..."Hek eleh takkan macamtu kot? Bingung si bapa. "Kenapa bola itam dan putih? "Tak perlulah saya terangkan kenapa. Kalau papa ada duit, belikan
itu jew. Bila ingatkan si anak tak pernah meminta2, so bapanya terima je. maka dibelikanlah anaknya itu basikal model terbaru dan terkini masa tu, yang paling canggih, ditambah dgn bola hitam dan bola putih.

Masa berlalu kemudian si anak masuk Sek.Rendah. Lepas itu musim kasut roda. Sekian lama si pengasuh perhatikan, budak tu tak pernah minta bapanya membelikan kasut roda untuknya. Tiap2 petang dia cuma duduk2 je. Basikalnya disimpan di dlm stor..Maka Si Pengasuhnya menyatakan pendapatnya lagi kepada si bapa. Kemudian si bapa memanggil anaknya lagi. "anakku, kamu tak nak dibelikan kasut roda macam kawan2 kamu? Apsal tak bagitau kat Papa?. No problem setakat beli kasut roda je...". Si anak menjawab,"Tak perlulah papa, bola hitam dan bola putih saya dah rosak.. Kalau boleh papa beli lagi k..tak payah lah beli kasut roda. Lagipun ianya jauh lebih murah berbanding kasut roda, kan papa?" Si bapa geram . walaubagaimanapun, si bapa tetap belikan anaknya kasut roda, ditambah bola hitam dan bola putih.

Selang beberapa tahun, si anak masuk Sek.Men. Cerita sama berulang. Sekarang kawan2nya main permainan lain- main roller blade. musim rollerblade melanda kawasan tempat tinggal nya. Trend baru.... Sementara tu, budak lelaki tersebut masih setia dengan kasut rodanya... Lepas bapanya pulang dari luar negeri dan terlihat anaknya yang masih pakai kasut roda, si bapa jadi malu sangat2. Teruk betul, rumah macam pusat beli belah, syarikat banyak, keluar negeri lagi tu...........Tapi anak lelakinya ketinggalan zaman. Keesokkan harinya, dalam bilik anaknya sudah ada sepasang roller blade baru bersama secebis nota: "Biar kamu tak malu".
Pada malamnya, terdapat secebis nota balasan di ruang kerja si bapa. Nota tersebut berbunyi: "Papa, Kenapa tak belikan bola hitam dan bola putih? Saya lebih sukakannya." "Haaah,, si bapa mengeluh serta bingung selepas membaca nota itu. Apalah istimewanya bola itam dan bola putih!!? Keesokkan hari dan seterusnya lagi si bapa berkali2 ditinggalkan nota sebegitu...hingga dia tak tahan dan terus membelikan anak lelaki nya bola hitam dan bola putih untuk kesekian kalinya. Benar, setelah mendapat bola hitam & bola putih tu, si anak tidak lagi mendesak bapanya.. Secebis nota juga ditinggalkan di ruang kerja si bapa.. "trima kasih byk2 papa kerana belikan saya bola hitam dan bola putih"

Masa berlalu.... Ketika di Sek Men, yang jaraknya agak jauh, si anak masih berulang-alik dengan bas, member2nya sudah ada yang membawa motor dan kereta ke sekolah... Suatu hari, ketika bapanya ada di rumah, si anak dihantar pulang oleh membernya dengan motor Harley Davidson color biru laut. Si bapa menjadi sangat malu. Anaknya bukan 4, bukan 3,...2 pun tidak. Itulah satu-satunya anaknya. Itupun tidak dibelikan motor untuk kesenangan anaknya! Maka ditawarkan Anaknya untuk dia membeli sebuahmotorsikal. Si anak menolak tawaran ayahnya dengan alasan motor kurang praktis, lagipun si anak cuma inginkan bola hitam & bola putih sahaja! Si bapa tidak dapat menerima penolakan itu. Kerana anaknya dah beso panjang, boleh berbincang. Akhirnya tercetus keputusan dimana si anak dibelikan motorsikal, ditambah pula dgn bola hitam dan bola putih semestinya!! .

Tetapi si bapa masih kesal........ Kesal kerana sudah beberapa tahun dia belikan anak lelakinya bola hitam &
bola putih tetapi tidak tahu kenapa anaknya begitu memerlukan sebiji bola hitam & sebiji bola putih! Dan Si anak pula tak pernah bagitahu kenapa dan mengapa dia amat memerlukan bola hitam & bola putih...
Sehingga tibalah masa untuk anaknya melanjutkan pelajaran ke Universiti. Kerana gembira dan bangga anaknya dapat masuk Universiti, si anak dihadiahkan oleh si bapa sebuah kereta Ferrari keluaran terbaru.

Akan tetapi, sehingga beberapa bulan si anak masih lagi menaiki motoooor je. Sehingga aweknya juga turut bingung- kan ke dia ada ferrari? kenapa naik motoooooor jeeeee.. Bila ditanya, maka dijawab budak lelaki tersebut: abis bapanya tak belikan bola hitam bola putih. Tak faham perasaan anak sendiri!

Suatu hari si anak mengajak aweknya makan malam bersama dgn bapanya. So, selepas makan malam tersebut si awek mengambil kesempatan untuk bertanya kpd si bapa, kenapa pak cik tak belikan bola hitam bola putih? Si bapa terkedu kerana dia sebenarnya sensitif dengan bola2 tu..huh..sampai awek anak aku pun
tanya...bila si bapa menanyakan si awek semula kenapa soalan tu yang di tanya?. Si awek pun bagitau, anak
lelakinya tidak akan sekali kali menyentuh Ferrarinya selagi tidak diberi bola hitam & bola putih!!

Si bapa bingung, di ruang bilik anaknya sudah begitu banyak bola hitam & bola putih. Nak buat apa lagii...,
fikir si Papa. Tapi demi memelihara imejnya di hadapan awek anakmya itu, maka esoknya sudah ada bola hitam & bola putih buat anaknya

Suatu hari si anak membawa aweknya ke tempat peranginan yang berbukit bukau menaiki Ferrari untuk brsiar2.. Yelah, anak muda kan , ketika tenang memandu si anak dicium aweknya dan dia jadi gelabah
dan terus accident!!! Mereka segera dikejarkan ke hospital dan si bapa juga dimaklum oleh pihak polis
tentang perkara tersebut. Keduanya cedera parah kerana mereka tidak memakai seatbelt, si
awek mati dalam perjalanan ke hospital dan si anak tenat. Si bapa tiba di Hospital.."macamman a doktor, anak saya?" Doktor (dengan simpati dan penuh duka cita) :"Maaf Encik, kami telah berusaha sedaya upaya.. tetapi terserah kepada Nya.. sebaiknya Encik manfaatkanlah waktu2 terakhir bersama anak encik.."

Perlahan si bapa masuk, mendekati anaknya. "Papa, maafkan saya..tidak berhati hati semasa memandu.." si anak juga menangis kerana aweknya tak dapat diselamatkan. Si bapa cuba menenangkan dia....akrablah dua
manusia itu beberapa saat. sehingga si bapa beranggapan ini adalah saat pertemuan terakhir antara dia dan anak lelakinya... . Dia teringat kembali persoalan yang selama ini sering bermain di benaknya dan keinginannya untuk mengetahui tentang "mengapa anaknya selama ini selalu minta bola hitam bola putih"

"Nak, maafkan papamu kerana selama ini papa selalu sibuk.. sehingga kamu sering kesepian..maafkan papa, nak.. Papa tak berkesempatan untuk menjadi ayah yang baik."

Anaknya menjawab dalam keadaan
lemah,"tak mengapa papa, saya faham.. Cuma saya kecewa disebabkan papa ada kemewahan, papa belikan saya macam2.... saya cuma minta bola hitam dan bola putih je kan ?" Si bapa rasa timing jawapan untuk
persoalannya sudah tepat.., "KENAPA KAMU SELALU MINTA BOLA HITAM & BOLA PUTIH ANAKKU... ADA APA DENGAN BOLA2 ITU SEHINGGA IANYA BEGITU BERERTI BUATMU?"
(anda semua pun ingin tahu kan
...?)

Si anak menjawab dengan nada terputus putus
kerana sudah tidak dapat
bertahan dan
masanya sudah hampir
tiba....
"sebabnya .........saya.. saya....
saya...."
*hep* Kepalanya perlahan lahan rebah dan hembusan
nafasnya hilang. Si anak
sudah meninggal sebelum
sempat memberitau bapanya
tentang bola hitam & bola putih.
Tengok, si bapa yang selalu hidup
bersama anaknya pun tak tau...apalagi aku
yang cuma bercerita, lagi la tak
tau ape ape... MACAMMANA NI? Kecewa jugak
nih.


Isk!Isk! Isk!........ ...Rasa macam nk tumbuk je orang yg mula2 forward kt gua
forward kat gua..HAHA

Friday 13 April 2012

COUPLE ISLAMIC?

nak kongsi kisah tentang COUPLE ISLAMIC & entry ni ditujukan khas buat mereka yang mempertahankan COUPLE ISLAMIC mereka sebelum nikah.

Jom ikuti kisah ni...

Kisahnya mengenai 3 orang iaitu Aiman, Ain & Asyraf. Aiman & Ain sama² belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Aiman jatuh hati pada keayuan Ain.

* Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri² dengan cahaya keimanan.

Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan.

Tetapi, Aiman cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Ain sebab nanti takut kena tangkap dengan AJK pencegah maksiat sekolah (BADAR - Badan Dakwah & Rohani).

Beberapa tahun berlalu...

Akhirnya, apabila Aiman berada di Tingkatan 4, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah & akhirnya, Ain tewas pada pujuk rayunya.

Walau bagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber'couple'.

Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple.

"COUPLE ISLAMIC"!!!

Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap² ni. Bukan itu sahaja, Ain kena pakai tudung labuh. Aiman pula pakai serban & jubah. Lepas itu, mereka keluar bukan membuang masa tapi keluar bawa Al-Quran.

Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, tiada pegang² tangan, mereka ikut cara Nabi Musa.
Lelaki di depan, perempuan di belakang.

Bila balik rumah, missed call pagi². Suruh qiamullail.

Hah!!! Kan Islamic punya couple tu.

Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Aiman ditakdirkan bertemu dengan Asyraf. Ketika itu Aiman & Ain sedang bertadarrus di RFC (Radix Fried Chicken).

Asyraf tiba² datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk.

Bila duduk, Asyraf bertanya, "Have you married?".

"No.", jawab Ain.

"So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Asyraf.

"Kami couple, tapi Islamic way" jawab Aiman.

Asyraf hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Asyraf pun memulakan ceritanya.

"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu.

Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi.

Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam.

Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat² pengharaman contohnya ARAK.

Tapi aku…TIADA.

Jadi, time kat hospital tu aku fikir.

Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecil aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap² hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Beginilah kehidupan aku & babi tu selama 2 tahun.

Lepas 2 tahun, masa yang ditunggu² tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok² babi ni tiada leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi.

Lepas tu, aku pun masaklah bakut teh. Tengah² makan, nampak seorang ustaz tengah jalan². Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan.

Ustaz!!! Jom makan. BABI ISLAM ni.”

Bila terdengar kisah itu, Aiman & Ain pun sedar.

Kalau benda itu HARAM, ia tetap HARAM. Yang HALAL itu jelas & yang HARAM itu jelas.

Tamat....

Best tak kisah ni?

Mungkin agak kasar tapi sesuai nak bagi peringatan kepada mereka sedang kemaruk COUPLE ISLAMIC yg tegar dgn hujah² yg menghalalkan cara.

Moga kita (saya & pembaca) tidak tergolong...

P/s: Yang HARAM tetap akan HARAM walau kita cuba pelbagai cara sekalipun untuk mengHALALkannya. Peringatan untuk diri sendiri terutamanya.

---> Boleh je couple tapi lepas nikahlah so jadilah couple Islamic juga..




*kalau couple islamic mcm ni pn x boleh, inikan couple yg lain..:)

BALA YANG DASHYAT BILA DITARIK IMAN

Bala bencana yang dahsyat kepada seorang hamba bukan ditimpa bencana alam seperti air bah, angin kencang, gunung berapi meletup, gempa bumi menggoncang. Tidak juga sakit yang teruk seperti barah yang garang. Bukan juga ditohmah dan difitnah, juga bukan kerana susah tidak ada apa yang hendak dimakan dan diminum. Sekalipun ditangkap, dijel dan dipenjara bahkan dibunuh, itu bukan bala yang dahsyat . 

Tapi bala yang dahsyat itu ialah ditarik iman.   Seperti selama ini syariat seseorang itu kemas, selepas itu cuai balik asal. Keyakinan yang kental kembali longgar. Sembahyang jemaah yang menjadi tradisi dicuai. Ibadah yang selama ini istiqamah sudah menjadi malas, culas, bahkan membuatnya terseksa. Hukum-hakam yang selama ini dipelihara dan dijaga dengan baiknya selepas itu sudah tidak diambil kira lagi. Anak isteri yang selama ini dididik sudah tidak dipedulikan. Pantang-larang Tuhannya kembali dilanggarnya. Takut kepada Tuhan tercabut dari hatinya. Halal haram sudah tidak diambil kira. Demi keuntungan dunia yang belum tentu mendapat untung. Pintu hatinya ditutup rapat-rapat. Kebenaran sudah tidak boleh diterima lagi, jika diberitahu atau dinasihat sakit hatinya. Bahkan adakalanya bangga pula membuat kejahatan di hadapan kawan-kawan lamanya.Fikirannya dunia, mazmumah hatinya subur semula. Itulah dia bala bencana yang paling dahsyat, selepas mendapatkan kebenaran dilepaskan semula. Setelah mendapat iman dibuang pula. Kita berlindung dengan Tuhan daripada bala tercabut iman. Wal`iyazubillah   


Doa Buat Pencuri...


RENUNGAN..........

Doa Pemuda Soleh 
Seorang pemuda soleh mengunjungi sebuah kedai roti. Dia memerhatikan roti-roti yang disusun berbaris kemas di atas meja. 

"Berapakah harga sebuku roti itu?" tanyanya sambil menunjukkan sebuku roti yang nampak segar seperti lepas dimasak 

"Tidak mahal, hanya satu dirham sahaja," jawab penjaga gerai itu dengan muka manis. 

Pemuda itu menyeluk sakunya untuk mengeluarkan wang. Dahinya tiba-tiba berkerut, tangannya masih di dalam saku tercari-cari. Ke mana perginya wang aku, hatinya kecil tertanta-tanya. 

"Minta-maaf, saya sudah kehilangan kesemua wang saya. Baru sebentar tadi ia masih ada," jelas pemuda soleh kepada penjaja. 

Seorang lelaki yang mengenali peribadi pemuda soleh itu terus berkata,
" Ya Allah, kudungkanlah tangan orang yang mencuri wang pemuda ini." 

Mendengar doa orang itu, pemuda soleh terus berkata,"Wahai Tuhan, jika wang itu diambil kerana desakan hidup untuk memenuhi keperluan, berkatilah dia. Tetapi jika ia diambil kerana tidak takut kepada dosa, moga-moga inilah dosanya yang terakhir

Wednesday 11 April 2012

GEMPA BUMI??

Salam semuanyerrrrrr~~~

ptg td kte semua digemparkn dgn gegaran yg dirasai di utara semenanjung..aku mmg bljr kt penang..tp nasib baik la skg ni aku nga cuti sem kt johor ni..alhamdulillah la..

aku amik civil engineering kt uitm penang..kalau korg nk tau, sem 2 dlm course yg aku tgh bljr skg ni ade subjek geology..seronok subjek ni..tp byk kne hafal..em,,ape yg aku nk crte ni ade kaitan pasal gempe bumi yg terjadi td 2..tp aku crte secare ringkas je la ea..sbb aku ni bknnye geologist pn..

ok..sbnrnye ade 3 jenis gempa bumi yg penting..divergent boundaries, convergent boundaries n transform-fault boundaries..

1) divergent boundaries
bumi kita terpisah (move away)..mknenye bumi ni akan terbuka n akan mmbentuk basin n ocean are born..

2) convergent boundaries
yg ni pulak tekanan yg buatkn bumi ni bertemu..so, satu bhgian akan ke bawah n satu lg bhgian akan ke atas..dan inilah terjadinye bencana tsunami yg dahsyat 2..

3) transform-fault baundaries
haa..yg ni biase la kte tgok..bergerak parallel tp bertentangan arah..1 bhgian ke kanan n 1 lg bhgian ke kiri..

ok..utk pengetahuan korg,, ketiga-tiga ni berkait..yelaa..bumi ni mne berubah die pnye saiz..so, ble bhagian yg ditolak 2, akan menyebabkan terhasilnye jenis gempa bumi yg lain..senang cerita, kita tgok gmbar:
nmpak x?
dr kanan 2..bila convergent boundaries berlaku, maka terjadi plak divergent kt tgh2..yg kt kiri 2 plak berlaku la transform-fault boundaries..

ok fhm x?? hahaha..
x phm x pe..aku bljr bnde ni 1 sem..x kn korg nk fhm semua dgn bce sket je ni..em,,aku dah bg klu sikit ni, korg search la sndiri ea..haha..

ok..moga tmbah lg 1 ilmu baru korang =)

Memancing...

Assalamu'alaikum semuaaa..

haa..hari ni aku nk crte sket..org lain sibuk dgn pertabalan YDP Agong, aku lak seawal pagi lg dah keluar dgn abg2 aku (uda n aleyss), abg ipar aku (abg lan) n anak sedare aku yg agak nakal 2 (hakimie)..dr semalam lg kitorg dah buat persiapan..abg2 aku 2 sibuk dok beli joran baru..aku steady je..duit x de..harap ehsan diorg je la..hahaha..ptg semalam pulak hujan..so, mlm2 yg gelap 2 ktorg sibuk cari cacing kt blkg umah utk buat umpan..

pkul 7 lebih, ktorg dah gerak..yg aku ni plak x tau benda..ikut je la..ntah kt mne pun aku x tau..smpai bndar tenggara, abg aku singgah..ingat kt situ..rupa2nye gi pasar..kononnye nak cari usus ayam utk jadikan umpan..tp x de..last2 diorg beli hati ayam je..

nak tau ktorg mancing kt mne?? dkt sungai di bukit besar..perghhh..ni haa aku nk habak mai kt hangpa semua..dah la semak samun..turun je krte, ktorg disambut baik oleh penduduk tetap sana..para nyamuk yg sedang kebuluran..haha..dah r darah aku ni manis :P  mmg makanan die la..

ok..mancing punye mancing, bayang2 ikan pn x nmpak..dah lme skit, abg lan dpt la 2 ekor..ikan patin n bawal..saiznye sedang2 je..yg aku ni, mancing2 asik tersangkut je..pstu putus..habis batu n mata kail..ikan x dpt gak..huhu..lps 2 uda plak dpt ikan patin..kali ni besar..ade la dlm sekilo..

setelah lme tggu, tbe2 joran aleyss disambar..time 2 aleyss x de..aku rembat la..ade gaya gak aku layan ikan 2 walaupun lme x mancing..hahaha..so dpt la ikan bnde ntah nmenye..sedang2 je..x bsr sgt..walaupun joran aku x de ikan sangkut, tp ade la aku dptkn ikan gak..mungkin ikan segan ngan aku kot..wahaha..em,,n last sblm kitorg blek dlm 3.30, uda dpt lg sekor patin..saiz sedang gak..ok la..ktorg balik dgn 5 ekor ikan..huhu

mcm ni la lebih kurang gaya aku rembat ikan 2 td..hahaha

kesimpulannye, mancing pempuan lg senang kott..wakaka :P

Sunday 8 April 2012

ILMU DARI SEEKOR ANJING


Suatu hari, Abu Yazid sedang jalan-jalan di satu lorong. Tiba-tiba ekor anjing menghampirinya. Oleh kerana takut pakaiannya tersentuh kulit anjing itu, maka Abu Yazid menarik pakaiannya ke atas. 

Tiba-tiba anjing itu bersuara seperti suara manusia, "Kalau kulit aku kering, terkena kulitku, tuan tidak perlu mencuci pakaian tuan, tapi kalaulah kulit aku basah, tuan boleh menyamak pakaian tuan itu. Tetapi sifat benci yang ada di dalam diri tuan itu tidak boleh dicuci hatta dengan tujuh batang sungai sekalipun. Dosa batin itu payah untuk dicuci." 
Abu Yazid berkata, "Wahai anjing,kamu ini sangat bijak. Marilah tinggal dengan aku seketika."

"Tidak, kita berdua tidak boleh tinggal bersama kerana aku ini dihina manusia sedangkan tuan dipuji oleh dunia.Tambahan pula aku tidak menyimpan makanan untuk esok, sedangkan tuan menyimpan makanan untuk setahun," jawab anjing itu.


Mendengarkan kata-kata anjing Abu Yazid berbisik sendirian: " Kalaulah dengan seekor anjing pun tidak sudi bersamaku, apakah aku layak untuk menghampiri Tuhan dan duduk di `majlis-Nya'? Puji-pujian bagi Tuhan yang menghinakan diriku dan mengajar manusia melalui pekara-perkara yang kecil."

Hak ketika couple...


‎~✿>> BUDAK MUDA BERCOUPLE suka menyebut soal 'HAK'..lelaki itu 'hak' dia sebab dah jadi "BOYFREN" dia..perempuan itu 'hak' dia sebab dah jadi "GIRLFREN" dia..bila ada yang kacau 'hak' tersebut, BERLAKULAH PERGADUHAN sesama mereka..

LELAKI BERGADUH sampai BERTUMBUK-TUMBUK..
PEREMPUAN BERGADUH sampai TARIK-TARIK RAMBUT..

DENGAR SINI ANAK MUDA, sebelum bising 'MEMPERTAHANKAN HAK' kamu, cuba PERIKSA balik :
✿~ Perempuan itu HAK BAPA dia, kalau mahu dapat hak tersebut..SILA BERJUMPA dengan bapanya terlebih dulu..
✿~ Lelaki itu HAK IBU dia, sudah cukup tertunaikah TANGGUNGJAWAB dia sebagai ANAK LELAKI kepada ibunya sendiri?

Jika tidak, JANGAN SIBUK sangat bercerita pasal 'hak', jika hak yang sepatutnya TIDAK KAMU TUNAIKAN..HAK ALLAH pun masih belum TERJAGA, berani benar menyebut pasal hak..♥♥

Ber"couple" itu Haram. ^^

Ustazah ke?


“Awak ambik kos pendidikan Islam...??”

“tak…”

“Habistu??? Aaaa...mesti ambik kos bahasa arab kan…”

“Tak juga, saya kos economics n management sciences la…”

“saya ingatkan ustazah tadi…”

Hmmm... soalan-soalan sebegini selalu diajukan pada mereka yang bertudung labuh… Asal tudung labuh je ingat ustazah, asal pakai tudung labuh je orang ingat pelajar jurusan agama…

Haishhh… ana bukan ustazah, bukan juga anak ustaz.. ana bertudung labuh sebab ana seorang muslimah!!! Iye betul biasanya ustazah yang pakai tudung labuh… Tapi tak salahkan ana memakai tudung labuh...

Sebagaimana firmannya : "Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. " (An-Nur : 31)

Ada juga yang menyangka bila seseorang itu bertudung labuh, bermakna alimnya seorang wanita. Hakikatnya tak semua yang bertudung labuh sarat dengan ilmu-ilmu ukhrawi.

"Dahtu kenapa bertudung labuh?"

Awak… Islam menyarankan muslimah untuk bertudung labuh kerana penuh dengan hikmah. Ia bukan sekadar menutupi aurat, tetapi juga melindungi diri. Tudung itu sendiri bisa mendidik si pemakainya…

“Eh tudung pun boleh jadi cikgu???”

Boleh dikatakan begitu… cuba anta wa anti bayangkan, agak-agak ada ke wanita bertudung labuh pergi berpesta, pegi disco? Ya kalau ada pun cuma segelintir yang tak tahu malu… Bila bertudung labuh akan lebih menjaga akhlak, yela… takkan yang bertudung labuh nak terlompat-lompat, terkinja-kinja tengok konsert, menjerit-jerit macam kena hysteria… kan kalau perangai tak jaga, nanti orang mengata, harap je pakai tudung labuh tapi perangai… Nauzubillah…

Bila jenjalan kat mana-mana jarang lelaki yang berani tegur lebih-lebih, paling tidak pun mereka bagi salam…

“Assalamu’alaikum ustazah… tak jawab dose taw”

Tengok, yang nakal pun tiba-tiba jadi budak baik. Sudah menjadi fitrah, lelaki kan tertarik pada wanita, dengan susuk tubuhnya yang menggoda, jalan lenggang-lenggok, apatah lagi yang lemah imannya. Kadang-kadang lelaki tertarik mendekati wanita bertudung labuh kerana keindahan akhlaknya. Jadi mereka rasakan mereka perlu berubah tetapi dalam masa yang sama mereka ingin mendampingi wanita yang bertudung labuh yang mungkin boleh membantu mereka dengan ilmu yang wanita itu ada.

“Awak… saya nak berubah jadi budak baik, boleh tak awak awak bimbing saya?”

“Kenapa saya”

“Sebab saya tengok awak alim je”

“Kenapa??? Sebab saya pakai tudung labuh???"

Awak lelaki kalau benar-benar mahu berubah, awak seharusnya cari yang sama jantina dengan awak. Kerana itu lebih terjaga dan jauh dari fitnah. Ramai lagi lelaki yang jauh lebih alim dari saya…

Iye walaupun saya bertudung labuh, tapi belum tentu ilmu setinggi langit. Bukan saya kedekut ilmu, sombong. Setakat ilmu yang ada bolehla kita share kerana ilmu itu bila saya beri ia makin bertambah. Saya juga masih berusaha mencari sebanyak ilmu yang mungkin. Kerana hanya dengan ilmu mampu mengubah seseorang membawa keluar dari kotak kejahilan. Kerana ilmu itu cahaya, penunjuk jalan. Apatah lagi ilmu yang diamalkan, pasti terpancar nur dari dalam hati. Saya juga perlu dibimbing dan tudung labuh ini bukanlah suatu lambang ketinggian ilmu seseorang. Cuma saya cuba jadi yang terbaik, apa yang saya mampu lakukan, saya kan cuba sedaya upaya mengamalkannya kerana indahnya hidup bersyariat.

Dan tak bermakna yang tudung singkat itu sedikit ilmunya, cuma mungkin masih belum tergerak hatinya untuk berubah kepada yang lebih baik, sama-sama kita doakan..insyaAllah. sekian............

*Semoga Allah memberikan kita keimanan yang teguh dalam menjalani hidup yang penuh dengan cabaran di akhir zaman ini. Iman ada naik dan turunnya. Dan itulah yang kita risaukan, apa yang terjadi pada kita saat iman kita lemah.. Nau'zubillah...

*Teruskan berdoa kepada pencipta kita yang satu, ALLAH SWT... Sesungguhnya doa itu senjata Mukmin. ♥ ♥