Sunday 8 April 2012

ILMU DARI SEEKOR ANJING


Suatu hari, Abu Yazid sedang jalan-jalan di satu lorong. Tiba-tiba ekor anjing menghampirinya. Oleh kerana takut pakaiannya tersentuh kulit anjing itu, maka Abu Yazid menarik pakaiannya ke atas. 

Tiba-tiba anjing itu bersuara seperti suara manusia, "Kalau kulit aku kering, terkena kulitku, tuan tidak perlu mencuci pakaian tuan, tapi kalaulah kulit aku basah, tuan boleh menyamak pakaian tuan itu. Tetapi sifat benci yang ada di dalam diri tuan itu tidak boleh dicuci hatta dengan tujuh batang sungai sekalipun. Dosa batin itu payah untuk dicuci." 
Abu Yazid berkata, "Wahai anjing,kamu ini sangat bijak. Marilah tinggal dengan aku seketika."

"Tidak, kita berdua tidak boleh tinggal bersama kerana aku ini dihina manusia sedangkan tuan dipuji oleh dunia.Tambahan pula aku tidak menyimpan makanan untuk esok, sedangkan tuan menyimpan makanan untuk setahun," jawab anjing itu.


Mendengarkan kata-kata anjing Abu Yazid berbisik sendirian: " Kalaulah dengan seekor anjing pun tidak sudi bersamaku, apakah aku layak untuk menghampiri Tuhan dan duduk di `majlis-Nya'? Puji-pujian bagi Tuhan yang menghinakan diriku dan mengajar manusia melalui pekara-perkara yang kecil."

2 comments:

  1. setiap perkara yg kita buat,
    JOM!renung-renungkan~
    muhasabah diri,perbaiki diri..
    moga Allah terima diri ini~insyaAllah..
    :)

    ReplyDelete