Thursday 15 November 2012

Engkaulah Bakal PROTAZ


Mereka bukan bakal ustaz/ustazah..tetapi......

 * Jika kau bakal menjadi seorang DOKTOR kelak ,

maka rawatlah hati insan yang kian terpesong jauh
daripada Agama tercinta.



* Jika kau bakal menjadi seorang ARKITEK kelak,

maka lakarlah sinar Islam yang mampu menyinari
kehidupan setiap Muslim.


* Jika kau bakal menjadi seorang JURUTERA kelak,
maka binalah satu ukhuwah yang kukuh antara umat
Islam itu.



* Jika kau bakal menjadi seorang PEGUAM kelak,
maka pertahankanlah Islam dimata dunia



* Jika kau bakal menjadi seorang JURUTERBANG kelak,
maka pandulah manusia untuk kembali ke jalan yang
diredhai-NYA.



* Jika kau bakal menjadi seorang POLIS kelak,
maka awasilah umat Islam daripada terus memungkiri
ALLAH SWT yang Maha Pencipta.



* Jika kau bakal menjadi seorang PENSYARAH kelak,
maka didiklah anak bangsa untuk menjadi Muslim yang
berjaya.



* Jika kau bakal menjadi seorang AKAUNTAN kelak,
maka sedarkanlah manusia bahawa pahala ALLAH SWT itu
lebih mewah daripada segala-galanya.



* Jika kau bakal menjadi seorang GURU kelak,
maka bentukkanlah acuan sempurna dalam sanubari anak
d didik mereka agar kelak menjadi GOLONGAN di atas...



* Jika kau bakal menjadi CHEF kelak, 
maka masakkanlah makanan utk rohani mereka......
agar mereka tahu bersyukur...

ENGKAULAH BAKAL PROTAZ (PROFESIONAL USTAZ/USTAZAH)

Majlis Konvokesyen tingkatan 5 di MRSM Serting :)


1 comment:

  1. susun tu dah mengikut aturan,,baguih2

    ReplyDelete