Friday 11 May 2012

Cinta RABBANI VS Cinta NAFSU

Bismillahirrahmanirrahim...





CINTA NAFSU:

Di Sebuah Taman Kota Kosmopolitan 2001… Para pekerja yang sibuk membersihkan kawasan taman rekreasi gempar. Raungan bunyi ambulan begitu mengejutkan ketika pagi yang masih terlalu awal ini. Kelihatan beberapa petugas paramedik begitu sibuk memberi pertolongan kepada sepasang muda-mudi yang terperangkap di dalam sebuah kereta di taman tersebut. Nahas bagi pasangan merpati dua sejoli itu, malaikat maut telah mencabut nyawa mereka dalam keadaan yang sungguh tragik. 

Apa yang terjadi sebenarnya? 
"Ternyata sepasang muda-mudi itu nekad membunuh diri dengan menutup saluran ekzos kereta dengan keadaan enjin kereta masih terpasang. Akibatnya mereka mati dalam keadaan berpelukan dan saling berciuman sehingga begitu sukar pihak bertanggung jawab memisahkan antara dua jasad tersebut. Begitu ‘mengharukan’!. Didalam kereta tersebut ditemui selembar kertas yang telah mereka tanda tangani. Antara kandungannya; TOLONG JANGAN PISAHKAN MAYAT KAMI dan TERUS DIKEBUMIKAN BAGI MEMBUKTIKAN CINTA ABADI KAMI SEHIDUP SEMATI. Dan di bahagian akhir surat tersebut tercatat bahawa mereka melakukan ini demi MENYELAMATKAN CINTA 'SEJATI' YANG 'SUCI' INI KERANA ORANG TUA TIDAK MERESTUI HUBUNGAN CINTA MEREKA. Astaghfirullah…!"







CINTA RABBANI:

"Ada satu riwayat....kisah Abdullah bin Abu Bakar....berkahwin dengan seorang perempuan yang cantik.....satu hari bapanya Saidina Abu Bakar..datang untuk ajak ke masjid...dilihat dia sedang bersenda dengan isterinye...disebabkan waktu solat msih awal...bapanya membiarkannya dengan anggapan nanti dia akan pergi...apabila Abu Bakar balik ke rumah anaknya itu dia melihat Abdullah masih bersama dengan isterinya...kemudian Abu Bakar beritanya kepada Abdullah, pergi jemaah di masjid? lalu Abdullah menjawab, tidak pergi...Saidina Abu Bakar menyuruh anaknya itu MENCERAIKAN ISTERINYA ITU ATAS SEBAB TELAH MELALAIKAN TANGGUNGJAWABNYA KEPADA aLLAH S.W.T...maka dengan rasa penuh berdosa dengan Allah, Abdullah menceraikan isterinya..."





Subhanallah....sesungguhnya, cintailah DIA & utamakanlah DIA... Kita adalah hak milik-Nya yg kekal... cintailah insan yg mencintai ALLAH SWT...Cintailah yg Maha Esa, sesungghnya cinta insani itu akan menyusul dengan izin Nya... :) wallahu'alam...



2 comments:

  1. Cinta kepada Allah adalah cinta yg kekal abadi.

    ReplyDelete
  2. btol 2..
    cintakan Allah lebih drp segala-galanya..
    insya-Allah hidup bahagia dunia akhirat..
    :)

    ReplyDelete